Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sejak tahun 2013 pengganas IS (Negara Islam) yang menguasai Riqqah telah menegakkan berbagai undang-undang keras seperti kod etika pakaian wanita, pengharaman seluar jin dan T-Shirt. Menghisap rokok dan hookah boleh dikenakan hukuman potong dua jari manakala mengulangi perbuatan ini akan disebat sebanyak 80 rotan dan dibunuh sekiranya masih melakukan hal yang sama.
Pada bulan April, kumpulan pangganas ini mengedarkan risalah ke kedai-kedai yang menceritakan propaganda mereka. Antaranya ialah amaran kepada para pemuda tentang slogan-slogan kuffar yang tertera di barangan dari Barat baju dan kasut seperti Nike yang mempunyai maksud kiasan terhadap hubungan seksual dalam bahasa Arab dan salah satu nama tuhan kemenangan dalam agama Yunani purba.







...............